Monday, November 5, 2012

Mom-2-Be


Alhamdulillah…terima kasih sesangat kepada cik comel kita Nurul Izzati atas header yang shantek dan gojess ini. ini design permintaan aku sebab nak buat blog ala-ala Shakina Farhan. Boley gitu? Tapi opkosla Kina punya lagi lawa kan. sumber inspirasiku Shakina Farhan. Ok firstly nak bagitawla kenapa aku create Selipar Buruk Junior ni kan? ok, inilah antara sebabnya. Tadaaaaaaa….



Kalau b4 ni Selipar Buruk adalah blog untuk B2B, insyaAllah Selipar Buruk Junior ni adalah blog M2B plus minus personal blog. personal ke? Hehe. Tapi terkejut jugak sebab ada follower walaupun baru buat 1 entry. Macamanala dia boleh jumpe blog Anne ni. Uhuk3

Ok back to the reality, Alhamdulillah berita yang dinantikan akhirnya menjelma. Cite dia camni. sangat panjang oke. harap uolls tarik nafas dalam-dalam sebelum membaca. 

Sepatutnya Anne period 24 October aritu. Means b4 Raya Haji la kan. 23 hb tu dah start da PMS. Selalu memang macam tu. Dekat2 nak period memang senggugut. Anne cakapla ngan Akem yang Anne sangat kecewa sebab misi gagal. Haha. Akem cakap takpelah sebab takde rezeki lagi. Esoknya pakai siap2 pad nak g keje takut terbocor plak nantikan. Tapi tunggu punya tunggu memang tak period. Tapi Anne bagi masa tempoh bertenang dulu. Anne cakap ngan Akem mebi pertukaran hormon boleh menyebabkan period lambat. So Anne tunggu jelah period tu kuar.  Sampailah ke hari Ahad balik ke Putrajaya semula sebab Khamis malam Jumaat balik Kg Anne kat Muar, period tak jugak muncul tiba. Sampai rumah dah pukul 4.30 ptg jugakla. Akem cakap jom buat pregnancy test (kit pregnancy test awal2 aritu dah beli..hehe). Anne btaw Akem yang Anne tak bersedia sebab takut result mengecewakan. Akem cakap takpe, pee je kat kotak mangkuk tu then letak je kat toilet, nanti dia yang check. Anne pun macam nervous-nervous nak buat. Tapi fikir positif yang ni semua rezeki dari Allah. 

Anne ralit onl9 fb la pe la kat Pc dalam bilik tu sementara Akem masuk toilet sebab nak buat test. Pas masuk toilet tu, Akem kua balik sebab nak amek ape tah kat bilik and dia ada bagitaw yang cuma 1 line je. Anne pun macam malaslah amek port sangat kan sebab takut kuciwa. Ahaha. Masa Anne dok ralit layan Pc tu, Akem datang kat Anne and tanya either Anne taw tak nak baca result? Akem pun dok tunjukla manual kit tu and ajar Anne. 

“1 line kalau negative, takde line tak sure and 2 line positif, so resultnya ini”. 

Akem terus tunjuk kit pregnancy test tu kat Anne. 2 LINE!! Anne macam antara percaya atau tak. Akem pun senyum gelak-gelak and terus Anne peluk dia sambil nanges-nanges. Alhamdulillah. Anugerah Allah yang tak ternilai. Akem terus amek wudhu semayang Asar terus sujud syukur. Ya Allah tak taw nak gambarkan macamana perasaan time ni. Allah je yang taw. Anne memang nak anak cecepat and Akem plak tak kisah. Akem cakap kalau Allah bagi rezeki, kita terima. ok sampi sini dululah. nanti Anne cerita lagi ya. penat dah menaip ni. hiiiiiii :)

2 comments: