Thursday, November 15, 2012

1st Trimester

gambar takde kaitan dengan tajuk. takpe, saje nak upload :)

16 November 2012. genap 2 bulan kami bernikah. alhamdulillah ditambah pulak dengan rezeki yang tak disangka-sangka dalam peyot ni. heeeee cumil. Anne suka tengok video-video kat You Tube mengenai kehamilan week by week. yelah memandangkan embrio kat dalam ni kecik lagi. heeee


kalau ikutkan kiraan Anne, da nak masuk 7 minggu dah Anne pregnant. masuk minggu ke-enam aritu Anne dah start dah morning sickness. b4 tu belagak cakap ngan Akem yang morning sickness ni depends pada orang. ada orang yang takde alahan langsung. sekali masuk minggu ke enam, ameklah puas-puas morning sickness tu. loya and pening kepala tu setiap masa kena.cuma teruk atau tak je. Anne boleyh masak, tapi Anne tak boleh bau wap masakan tu. kira bau makanan la kan. penah aritu masa first-first kena, wat bekfes roti telur utk Akem. happy je goreng itu ini. tapi bila start nak makan, terus je bau roti telur tu naik kepala and meloyakan. apa lagi, teruslah muntah-muntah. MC lah jawabnya. nak drive ke Shah Alam jauh.......muncung sikit mulut tu...

Setakat minggu ke 7 pregnant ni, Anne dapat alami beberapa keadaan :

1. muntah-muntah
2. pening kepala yang amat. tak penah rasa pening macam ni b4 ni
3. bangun tido mesti badan panas (Dr cakap kurang air). Akem selalu remind sruh minum air
4. nafsu besar tapi xleh nak makan sgt sebab tekak loya
5. sakit perut ala-ala cramp tak bape nak cramp. tak taw nak describe camne
6. tak suka air masak. minum je rasa pahit. memang tak sukala.
7. suka bau ketiak Akem. heaven. hahahahaha
8. sakit pinggang tapi sakit sikit je

rasanya setakat arini, tu jelah yang Anne rasa. cepatlah abes 1st trimester. lagi sebulan je Anne nak kena tahan semua ni. chaiyok3!! (motivasi untuk diri sendiri)

Akem cakap lepas peyott da bulat sikit a.k.a lepas 1st trimester, baru boleh g merayap mana-mana. sekarang ni kalau cuti je memang duk umah. Akem dolodkan movie-movie baru then tengok jelah kat TV. Akem cakap kang g tengok wayang ada yang nak balik cepat sebab pening. huuuu. nak g jejauh tak bape ada mood walaupun hati ni menangis-nangis nak g jalan-jalan. takpe, lagi sebulan je ni....sabar sikit Anne :)

Monday, November 5, 2012

Mom-2-Be


Alhamdulillah…terima kasih sesangat kepada cik comel kita Nurul Izzati atas header yang shantek dan gojess ini. ini design permintaan aku sebab nak buat blog ala-ala Shakina Farhan. Boley gitu? Tapi opkosla Kina punya lagi lawa kan. sumber inspirasiku Shakina Farhan. Ok firstly nak bagitawla kenapa aku create Selipar Buruk Junior ni kan? ok, inilah antara sebabnya. Tadaaaaaaa….



Kalau b4 ni Selipar Buruk adalah blog untuk B2B, insyaAllah Selipar Buruk Junior ni adalah blog M2B plus minus personal blog. personal ke? Hehe. Tapi terkejut jugak sebab ada follower walaupun baru buat 1 entry. Macamanala dia boleh jumpe blog Anne ni. Uhuk3

Ok back to the reality, Alhamdulillah berita yang dinantikan akhirnya menjelma. Cite dia camni. sangat panjang oke. harap uolls tarik nafas dalam-dalam sebelum membaca. 

Sepatutnya Anne period 24 October aritu. Means b4 Raya Haji la kan. 23 hb tu dah start da PMS. Selalu memang macam tu. Dekat2 nak period memang senggugut. Anne cakapla ngan Akem yang Anne sangat kecewa sebab misi gagal. Haha. Akem cakap takpelah sebab takde rezeki lagi. Esoknya pakai siap2 pad nak g keje takut terbocor plak nantikan. Tapi tunggu punya tunggu memang tak period. Tapi Anne bagi masa tempoh bertenang dulu. Anne cakap ngan Akem mebi pertukaran hormon boleh menyebabkan period lambat. So Anne tunggu jelah period tu kuar.  Sampailah ke hari Ahad balik ke Putrajaya semula sebab Khamis malam Jumaat balik Kg Anne kat Muar, period tak jugak muncul tiba. Sampai rumah dah pukul 4.30 ptg jugakla. Akem cakap jom buat pregnancy test (kit pregnancy test awal2 aritu dah beli..hehe). Anne btaw Akem yang Anne tak bersedia sebab takut result mengecewakan. Akem cakap takpe, pee je kat kotak mangkuk tu then letak je kat toilet, nanti dia yang check. Anne pun macam nervous-nervous nak buat. Tapi fikir positif yang ni semua rezeki dari Allah. 

Anne ralit onl9 fb la pe la kat Pc dalam bilik tu sementara Akem masuk toilet sebab nak buat test. Pas masuk toilet tu, Akem kua balik sebab nak amek ape tah kat bilik and dia ada bagitaw yang cuma 1 line je. Anne pun macam malaslah amek port sangat kan sebab takut kuciwa. Ahaha. Masa Anne dok ralit layan Pc tu, Akem datang kat Anne and tanya either Anne taw tak nak baca result? Akem pun dok tunjukla manual kit tu and ajar Anne. 

“1 line kalau negative, takde line tak sure and 2 line positif, so resultnya ini”. 

Akem terus tunjuk kit pregnancy test tu kat Anne. 2 LINE!! Anne macam antara percaya atau tak. Akem pun senyum gelak-gelak and terus Anne peluk dia sambil nanges-nanges. Alhamdulillah. Anugerah Allah yang tak ternilai. Akem terus amek wudhu semayang Asar terus sujud syukur. Ya Allah tak taw nak gambarkan macamana perasaan time ni. Allah je yang taw. Anne memang nak anak cecepat and Akem plak tak kisah. Akem cakap kalau Allah bagi rezeki, kita terima. ok sampi sini dululah. nanti Anne cerita lagi ya. penat dah menaip ni. hiiiiiii :)

Wednesday, October 31, 2012

Selipar Buruk Junior


Selipar Buruk Junior di create adalah inspirasi dari blog Kina. dulu masa nak kawen, aku khatam baca semua entry beliau. rasa macam seronok pulak bila ada blog baru dengan status yang baru. bukanlah bermakna aku lupakan Selipar Buruk, tapi aku rasa macam aku nak lebih privacy bila terciptanya Selipar Buruk Junior ni. sebabnya Selipar Buruk terlalu open to public dan ramai kengkawan yang mengenali aku. tapi aku link jugaklah blog ni ke Selipar Buruk punya wall. sesape yang tersinggah ke kan. kot-kot lah.

insyaAllah Selipar Buruk tetap dihati sebab dari situlah aku mengenali dunia berblogging. maybe aku akan share yang personal sahaja di Selipar Buruk Junior and yang lelain tu aku post kat Selipar Burukterima kasih sebab sudi baca blog saya. ok, dalam Selipar Buruk Junior ni aku nak jadi sopan sikit. hehe. sebab? haa nanti ada entry lain yang akan aku hapdate. wink wink wink

ok tak sabar nak ada header baru dan entry-entry baru. meowwww